banner 469x60
Post By: aishah_aa

RAHSIA COKLAT





Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa COKLAT merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, COKLAT adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai COKLAT, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding COKLAT putih.

COKLAT adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. COKLAT umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.

Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:

a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit
            koronari jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan

Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ecahcutechoc's. Powered by Blogger.
Copyright Reserved Ecah Cute Choc's 2010.
Design by: Bingo | Blogger Templates by Blogger Template Place | supported by One-4-All